AKTIVITI-AKTIVITI

Majis Penyerahan Surat Pelantikan Guru Disiplin

Bersesuaian dengan surat pekeliling ikhtisas Bil 9/1975 mengenai disiplin di sekolah, peraturan-peraturan sekolah untuk murid-muridnya, maka satu majlis penyerahan ,Watikah pelantikan guru sebagai guru disiplin diadakan di perhimpunan sekolah.

Watikah Pelantikan Pengawas

Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah diadakan di perhimpunan sekolah adalah bertujuan untuk menghargai pengorbanan pengawas yang sanggup bertugas untuk sekolah Watikah pelantikan disampaikan oleh pengetua sekolah, Pn Chee Chai Jin(sesi pagi) dan dan Penolong Kanan Petang En. Ang Pian Ming (sesi petang) kepada para pengawas. Majlis lebih bermakna lagi dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh ketua pengawas iaitu adik Asrihan Nantong ( sesi pagi ) dan adik Mohd Azman (Sesi petang) .Harapan kami agar pengawas dapat bertugas dengan penuh dedikasi.

Watikah Pelantikan Ketua Tingkatan, Penolong Ketua Tingkatan Dan Ketua Kebersihan

30 Januari 2012, , Majlis penyampaian Watikah pelantikan Ketua Tingkatan, Penolong Ketua Tingkatan dan Ketua Kebersihan sekolah diadakan pada majlis perhimpunan sekolah adalah bertujuan untuk menghargai pengorbanan mereka yang sanggup bertugas untuk sekolah .Watikah pelantikan disampaikan oleh pengetua sekolah, Pn Chee Chai Jin(sesi pagi) dan Penolong Kanan Petang, En. Ang Pian Ming (sesi petang).Ikrar tugas telah dilafazkan semasa taklimat Ketua Tingkatan, Penolong Ketua Tingkatan dan Ketua Kebersihan bersama Ketua Murid

Program Jejak Hati Siri 1

3 Mac 2012, Program Jejak Hati telah dijalankan oleh pihak HEM dengan kerjasama pihak PIBG. Penceramah luar sekolah telah dijemput untuk memotivasikan murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan awam PMR dan SPM. Ibu bapa turut dijemput supaya hubungan antara ibu bapa dengan anak,ibu bapa dengan guru dapat dieratkan.

Kem Kepimpinan Pengawas dan Pustakawan

Kem kepimpinan Pengawas dan Pustakawan sekolah diadakan pada 30 Mac 2012 hingga 1 April 2012 bertempat di sekolah. Seramai 143 orang peserta menyertai kem ini. Tujuan kem ini adalah untuk memberi pendedahan tentang cara pengendalian tugas yang pelbagai kepada para pengawas dan pustakawan sebagai panduan untuk menghadapi cabaran dalam memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pengawas dan pustakawan sekolah. Antara akviti yang dijalankan ialah Ice Breaking, Ceramah Kepimpinan, Explorace, Malam kebudayaan Ceramah Moral, Solat dan Gotong Royong di Sim Sim, Batu 3 dan Kompleks Sukan. Adalah diharapkan agar perkhemahan ini dapat memberikan pengetahuan dan semangat baru kepada peserta dalam melaksanakan tugas sebagai pengawas dan pustakawan sekolah.

Program SERASI

Program SERASI merupakan program yang dijalankan sepanjang tahun. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada tahun ini adalah seperti melabel tumbuh-tumbuhan sekitar sekolah, menyediakan sudut SERASI di Serambi PINTAR, Projek Baja Enzim kelas, Mini Taman, Taman PraU (PraU Cactus Point), Pertandingan Keceriaan Kelas, Kitar Semula Kertas, Pertandingan Mencipta Barangan daripada Bahan Kitar Semula dan lain-lain.

Aktiviti Sekolah Yang Akan Datang